Perutusan VC 2010 Universiti APEX: Memperkukuhkan Asas

Perutusan VC 2010 Universiti APEX: Memperkukuhkan Asas


3 Februari 2010,
9.30 pagi, Dewan Budaya,
oleh Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM.

Status Universiti APEX ( Accelerated Programme for Excellence ) merupakan trek pantas program pembangunan institusi pendidikan tinggi untuk mencapai taraf terbaik dan dikenali sebagai institusi bertaraf dunia.

Wawasan Universiti APEX :
'Transformasi Pendidikan Tinggi Untuk Kelestarian Hari Esok' (Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow).


Misi :
Usm merupakan universiti printis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka.

USM dipilih sebagai APEX kerana pengendalian penyelidikan dan aktiviti inovasi yang mampu mewujudkan persaingan antara kualiti staf USM, pelajar dalam dan luar negara.

Teras APEX :
  • Masa hadapan - The future
  • Kelainan - Uniqueness
  • Kelestarian - Sustainability
  • Kemanusiaan - Humanity
  • Kesejagatan - Universality
  • Perubahan - Change
  • Pengorbanan - Sacrifice

Status APEX menyebabkan USM mempertingkatkan program penyelidikan dalam skop kesihatan bioteknologi, perubatan molekul, biodiversiti dan persekitaran serta peyelidikan kejuruteraan. Melalui peningkatan taraf kemahiran kejuruteraan, pelajar dan pensyarah USM telah berjaya mencipta motosikal elektrik dengan kerjasama HICOM, Petronas dan DRB. Ini sekaligus dapat melindungi ekosistem dan memelihara alam sekitar daripada pencemaran asap kenderaan.

Universiti APEX ini juga menitik beratkan masalah kemanusiaan di dunia dengan mewujudkan tabung mikrobiotik khasnya untuk membiayai warga kampus yang kurang mampu dan memenuhi ciri-ciri yang layak menerima bantuan.

No comments:

Post a Comment